Pemeriksaan Kerja-Kerja di Dewan Serbaguna dan Dewan Gimnastik Lembaga Sukan Sabah
Pemeriksaan Kerja-Kerja di Dewan Badminton dan Dewan Gimnastik Lembaga Sukan Sabah
Lembaga Sukan Sabah menerima kunjungan YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif bagi mengadakan lawatan pemeriksaan kerja-kerja di Dewan Badminton dan Dewan Gimnastik.
Pemeriksaan ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mansur Hj. Asun, Setiausaha Tetap Kementerian, diiringi oleh YB Tuan Syed Ahmad Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah serta YBhg. Tuan Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah bersama barisan pengurusan tertinggi Lembaga Sukan Sabah.
Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan semasa kerja-kerja pembaikan yang sedang berjalan di Dewan Badminton dan memeriksa kemudahan dewan Gimnastik yang sediada.
berita lain











