LAWATAN KERJA YB MENTERI KE KOMPLEKS SUKAN BEAUFORT
LAWATAN KERJA YB MENTERI KE KOMPLEKS SUKAN BEAUFORT
Sukacitanya Kompleks Sukan Beaufort menerima kunjungan daripada YB Datuk Haji Nizam DSP Haji Abu Bakar Titingan , Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi kreatif sempena Majlis Taklimat Lawatan Kerja pada hari ini.
YB Menteri bersama-sama barisan pentadbiran tertinggi Daerah Beaufort turun padang bagi memeriksa semua kemudahan yang sedia ada di Kompleks Sukan Beaufort. Turut hadir mengiringi YB Menteri, YB Syed Ahmad Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah untuk meninjau kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan di kawasan kompleks.
Satu taklimat berkenaan dengan Kompleks Sukan Beaufort telah disampaikan oleh Tuan Muhd Firdaus Kassim, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah.
Setinggi- tinggi terima kasih diucapkan kepada Pengurus Kompleks Beaufort Encik Linus Nicholas dan semua kakitangan kompleks yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.
Turut Hadir bersama :
YB Datuk Isnin Bin Aliasnih
YBhg Datuk Mansur Haji Ansun
YBhg Tuan Mohd Nazri Ajun
YBhg Tuan Tahah Bin Malisi
Pegawai-Pegawai Kanan :
Pejabat Tanah Daerah Beaufort
Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
Dif -Dif Jemputan Jabatan
berita lain




