soalan lazim

lembaga sukan sabah

Bagaimanakah saya boleh membuat tempahan kemudahan sukan?

Tempahan boleh dibuat melalui aplikasi GoNet atau di kaunter tempahan Kompleks Sukan.

Apakah waktu operasi bagi Ibu Pejabat, Kompleks Sukan dan Hostel di bawah Pengurusan Lembaga Sukan Sabah?
  • Ibu Pejabat: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang
  • Kompleks Sukan & Hostel:
    • Pejabat: Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang
    • Kaunter Tempahan: Isnin – Ahad, 8:00 pagi – 7:00 petang
Berapakah Kompleks dan Hostel yang tersedia di bawah Pengurusan Lembaga Sukan Sabah?
  • 17 Kompleks Sukan seperti di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, dan lain-lain
  • 5 Hostel penginapan seperti di Ranau, Keningau, Tawau, Sandakan dan Tambunan.
Adakah kemudahan ini terbuka kepada awam?

LSS menyediakan kemudahan sukan kepada masyarakat umum serta atlet berprestasi tinggi – selaras dengan misi mewujudkan masyarakat sihat, aktif dan produktif.

Bolehkah saya membatalkan tempahan yang telah dibuat?

Pembatalan mestilah dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 hari bekerja sebelum tarikh tempahan, dan tertakluk kepada terma & syarat tempahan Lembaga Sukan Sabah.

Di mana saya boleh membuat aduan atau memberikan maklum balas kepada Lembaga Sukan Sabah?

Semua aduan rasmi boleh dihantar melalui surat kepada Lembaga Sukan Sabah atau Sistem i-Adu 2.0 yang dikendalikan oleh Unit Integriti Negeri Sabah. Sistem ini membolehkan orang awam membuat laporan berkaitan perkhidmatan, integriti dan isu berkaitan jabatan kerajaan negeri.

Apakah jenis aduan yang boleh dihantar?
  • Ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan atau kemudahan sukan

  • Laporan kerosakan infrastruktur di kompleks atau hostel

  • Aduan integriti, salah guna kuasa atau ketidakpatuhan tatakelakuan

  • Cadangan penambahbaikan perkhidmatan Lembaga Sukan Sabah

wpChatIcon