Lawatan Kerja YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
[15 JAN] LAWATAN KERJA KE LEMBAGA SUKAN SABAH
Lembaga Sukan Sabah telah menerima lawatan kerja daripada YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, bersama YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian. Kunjungan tersebut turut diiringi oleh Tuan Mohd Asneh bin Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah.
Dalam kunjungan tersebut, satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Tuan Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah. Taklimat tersebut merangkumi pengenalan kompleks sukan serta kemudahan sedia ada yang berada di bawah kelolaan Lembaga Sukan Sabah, termasuk peranan dan fungsi organisasi dalam pembangunan serta pengurusan infrastruktur sukan negeri.
Sesi taklimat berkenaan turut dihadiri oleh YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, bersama barisan pegawai pentadbiran Lembaga Sukan Sabah. Kunjungan ini memberi peluang kepada pihak kementerian untuk meneliti secara langsung kemudahan sedia ada serta memperkukuhkan kerjasama strategik dalam usaha memperkasa pembangunan belia dan sukan di Negeri Sabah.
Dalam lawatan ini, YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, bersama YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian, meluangkan masa bagi meninjau secara langsung kemudahan sukan di Lembaga Sukan Sabah.
Rombongan tersebut turut disertai oleh Tuan Mohd Asneh bin Mohd Noor, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah; Tuan Terrance Edward Pudin, Pengurus Besar; serta Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas, Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, bersama beberapa pegawai pentadbir. Antara kemudahan yang dilawati termasuk Dewan Gimnastik, Kolam Renang,Padang Bola Sepak Utama di Kompleks Sukan Kota Kinabalu dan kawasan tapak baru Asrama Kompleks Kota Kinabalu.
YB Datuk Haji Nizam Abu Bakar Titingan, bersama YBhg. Datuk Mansur Haji Asun, Setiausaha Tetap Kementerian, diiringi rombongan yang sama, telah mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Sukan Penampang.
Selain meninjau kemudahan yang disediakan, YB Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dan berinteraksi secara langsung dengan para pengguna kemudahan sukan yang berada di kawasan tersebut, sekali gus mendengar pandangan serta maklum balas berkaitan kemudahan sukan di kompleks berkenaan.
wpChatIcon