Kenali Kami

Lembaga Sukan Sabah

LATAR BELAKANG

PENUBUHAN

Lembaga Sukan Sabah (L.S.S.) yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Sukan Dan Kebudayaan Sabah (L.S.K.S.) pernah diwujudkan pada 1 September 1976 di bawah Enakmen No. 13 Tahun 1976. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, Lembaga Sukan Dan Kebudayaan Sabah telah dibekukan pada Disember 1978. Lembaga Sukan Sabah telah dihidupkan semula pada Januari 1981 di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981. 

PEMISAHAN

Pada 31 Disember 1996, Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Kebudayaan Sabah telah dipisahkan kepada dua entiti yang berasingan, masing-masing dikenali sebagai Lembaga Sukan Negeri Sabah dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah. Lembaga Sukan Negeri Sabah masih diwujudkan di bawah Enakmen No. 19 Tahun 1981.

PENJENAMAAN

Logo baharu dan pertukaran nama Lembaga Sukan Sabah telah dirasmikan pada 14 November 2019 di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

Dasar Kualiti

Kami komited dalam pengurusan dan penyediaan kemudahan sukan yang terbaik di negeri Sabah ke arah melahirkan masyarakat yang sihat aktif, dan membantu melahirkan atlet yang cemerlang serta memenuhi keperluan pelanggan secara berterusan.

Misi

Menyumbang ke arah melahirkan atlet-atlet cemerlang dan masyarakat yang sihat, aktif dan produktif melalui penyediaan kemudahan sukan.

Visi

Lembaga Sukan Sabah menyediakan kemudahan sukan di semua peringkat untuk masyarakat dan atlet berprestasi tinggi serta menyediakan kemudahan pertandingan mengikut piawaian sukan.

OBJEKTIF

1. Menyediakan dan mentadbir kemudahan sukan

Menyediakan dan mentadbir kemudahan sukan melalui sistem pengurusan yang berkualiti agar kemudahan ini sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak, para belia dan dewasa serta atlet berprestasi tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, kecergasan dan kecemerlangan sukan dalam suasana mesra, selesa dan selamat.

2. Meningkatkan penggunaan kemudahan sukan

Meningkatkan penggunaan kemudahan sukan dalam pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi dalam kalangan masyarakat.

3. menjadi Penyedia utama Kemudahan Sukan

Menjadikan kemudahan sukan di bawah pengurusan Lembaga menjadi tempat/lokasi utama bagi sebarang aktiviti seperti kejohanan dan acara penting yang lain, termasuklah acara peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

4. Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai organisasi

Mewujudkan perkongsian/kerjasama antara Lembaga Sukan Negeri Sabah dengan pelbagai organisasi tempatan, kebangsaan dan antarabangsa yang terlibat dengan program promosi, pembangunan dan kemajuan sukan di negeri Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

5. meningkatkan mutu

Membantu meningkatkan mutu pentadbiran, pengurusan dan kejurulatihan sukan.

6. Membantu meningkatkan prestasi

Membantu meningkatkan prestasi atlet negeri dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

FUNGSI

Lembaga hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan pusat-pusat yang akan dikenali sebagai Pusat-pusat Sukan bagi maksud-maksud:-

  • Meninggikan taraf kegiatan-kegiatan sukan termasuk penyeliaan pada semua peringkat sukan di Sabah;
  • iMemulakan rancangan latihan dan rancangan-rancangan lain yang boleh memberi sumbangan yang paling baik kepada kehendak kehendak Khas dan Tempatan Negeri Sabah;
  • Menyiarkan tujuan, matlamat dan kegiatan Pusat-Pusat;
  • Menasihat Kelab-Kelab, Persatuan-Persatuan atau Institusi-Institusi mengenai perkara-perkara yang meliputi semua aspek sukan menurut kelayakan kakitangan pusat-pusat itu;
  • Menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dengan agensi-agensi seumpamanya atau yang lain;
  • Melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit dari pelaksanaan fungsi-fungsinya di bawah Enakmen.

AHLI LEMBAGA

Ahli Lembaga ( 2024 – 2027 )
Dasar-dasar pelaksanaan aktiviti Lembaga adalah ditetapkan oleh satu Lembaga Pengarah yang terdiri daripada 14 orang ahli.
YB Tuan Syed Ahmad bin Syed Abas
Pengerusi
YBhg. Datuk Janih Bangud
Timbalan Pengerusi
YBhg. Tuan Razali Mohd Ali
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Thong Yong Hung
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Ramjit Nairulal
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Willy Frous Darinsok
Ahli Lembaga
YBhg. Prof. Madya Dr D. Maryama Binti AG Daud
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Ruslie Bin Amat
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Gobenath AL Jothi Veeramani
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Shah Fareed Awang Sham
Ahli Lembaga
YBhg. Tuan Muhd Arziz Afizy Bin Rumsani
Ahli Lembaga
YBhg. Datuk Mansur Bin Asun
Ex-Officio
Setiausaha Tetap
Kementerian Belia dan Sukan Sabah
YBhg. Tuan Terrance Edward Pudin
Pengurus Besar,
Lembaga Sukan Sabah
wpChatIcon