[SOROTAN] Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Sukan Sabah 2025

Sebagai sebuah agensi yang komited dalam memperkasa pembangunan sukan negeri, Lembaga Sukan Sabah telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan 2025 pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) sebagai platform inklusif untuk mendekati masyarakat dan memperkukuh hubungan dua hala antara organisasi dan pelanggan.

Program ini bertujuan untuk:

  • Menyantuni pelanggan dan komuniti sukan secara langsung

  • Mendengar pandangan, cadangan serta maklum balas terhadap perkhidmatan LSS

  • Memperkenalkan inisiatif digital dan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan

Dengan tema “Menjangkau Komuniti, Memperkasa Perkhidmatan”, acara ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Senamrobik, Fun Walk, pameran-pameran, pertandingan Mewarna, klinik Boling Padang, Mencuba Sukan Golf pemberian cenderahati kepada pengunjung. Kehadiran dan sokongan masyarakat menjadi pemangkin semangat LSS untuk terus berinovasi dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah

Aktiviti-aktiviti semasa program

PERASMIAN LAMAN WEB RASMI BAHARU LEMBAGA SUKAN SABAH

Lembaga Sukan Sabah turut mengambil kesempatan untuk merasmikan Laman Web Rasmi baharu yang telah siap dibangunkan pada 30 Julai 2025 menggunakan BayuCentric yang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Semoga laman web ini menjadi saluran yang lebih efisien, inklusif dan mesra pengguna dalam menyampaikan maklumat serta perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

dan di ikuti dengan Sambutan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran

  • YBHG Datuk Janih Bangud
  • YBHG Tuan Ruslie Amat
  • YBHG Tuan Terrance Edward Pudin

dan dihiburkan dengan Busker Lembaga Sukan Sabah.

SENAMROBIK

Lembaga Sukan Sabah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan Hari Bertemu Pelanggan yang telah diadakan pada 23 Ogos 2025 (Sabtu).

Sokongan, semangat dan kepercayaan anda adalah motivasi kami untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik.

-RAGAM SENAMROBIK bersama rakan stratergik
Tritonic Isotonic Drink & Life Water 生命泉源

FUN WALK

JUALAN RAHMAH

PERTANDINGAN MEWARNA

Pemeriksaan & Derma Darah

Fun Fitness & Golf Challenge

Bola Tampar

wpChatIcon