Program Bulan Ramadan Lembaga Sukan Sabah Tahun 2026
“Dari gelanggang ke masjid, dari sukan ke kebajikan – Ramadan 2026 bersama Lembaga Sukan Sabah membawa kita lebih dekat dengan nilai murni.”
Salam Ramadan ke-9
Alhamdulillah, pada jam 9.15 pagi tadi, kakitangan Lembaga Sukan Sabah telah menghadiri sesi Bacaan Yasin yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama. Majlis bacaan Yasin tersebut telah dipimpin oleh Ustaz Hairi, alumni Madrasah Raudhah Al Ulum.
Semoga majlis yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, ketenangan dan mengukuhkan ukhuwah dalam kalangan warga kerja, serta segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Aamin ya Rab.
[CERAMAH RAMADAN] “PESAN-PESAN RAMADAN”
Alhamdulillah, telah selesai sesi Ceramah Ramadan pada hari ini yang telah disampaikan oleh Ustazah Normi Haji Mat Yusof.
Semoga segala perkongsian yang disampaikan memberi manfaat dan menjadi panduan buat kita semua dalam menghayati keberkatan bulan yang mulia ini. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah serta meraih rahmat dan keampunan sepanjang Ramadan, aamin.
wpChatIcon