Pertandingan Sukan Tradisi Tahun 2025
Pada 24 dan 25 Mei 2025, SMK Bahang Penampang bergema dengan semangat warisan apabila Lembaga Sukan Sabah menganjurkan Pertandingan Sukan Tradisi Tahun 2025. Majlis telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang oleh Yang Berhormat Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merasmikan acara dengan ucapan yang menekankan kepentingan memelihara warisan sukan rakyat sebagai identiti negeri dan memperkukuh silaturahim komuniti.
berita lain